Return Policy






Setiap barang yang sudah dibeli jika inginkan PEMULANGAN/PERTUKARAN mestila dalam masa 7 Hari dari tarikh barang telah diterima. Oleh kerana, pembelian melalui talian (online) tiada kedai fizikal yang membolehkan pelanggan datang sendiri untuk membuat penukaran. Para pelanggan hendakla POSKAN SEMULA barang tersebut.

Langkah-Langkah yang perlu dibuat:-

1.Sila inform dengan penjual untuk sebarang penukaran, bagi memastikan

  • Barang termasuk dalam kategori boleh dipulangkan ataupun ditukar saiz atau tidak, dengan menggunakan media sosial yang sama semasa berurusan pembelian cth FB msger, FBPage, IG, Blog, Sms, Wecat, whatapp. (Barang yang tidak boleh ditukar ialah barangan Penghabisan Stok Clearance Stocks.
 2.Update status stok. Jika stok sudah habis kena tunggu stok baru masuk.

3.Sebab musabab kenapa hendak memulangkan/petukaran. cth.
 a) Tukar saiz.
 b) Barangan Rosak ketika pertama kali terima.
 c) Salah Barangan yang dipesan.
Untuk sebab A kos pengeposan kedua2 belah pihak ditanggung oleh pelanggan (Biasanya penjual akan menyuruh pembeli untuk selitkan sekali duit utk kos pengeposan semula didalam bungkusan). Bagi sebab B & C penjual yang akan tanggung kos pengeposan.

4. Jika segala urusan telah dipersetujui sila poskan semula barangan tersebut secepat mungkin.

Untuk penukaran saiz, apabila barangan yang hendak ditukar telah sampai ke tangan penjual dan masih berada dalam keadaan elok barulah penjual akan menukarkan semula saiz yang diingini.




Return Policy untuk Bengkung Nur  ada sedikit keistimewaan.
Syaratnya seperti biasa, Mestilah dalam Masa 7 hari dari tarikh penerimaan barangan TETAPI jika pembeli hendak memakainya semasa berpantang. Boleh ditukar saiz dalam masa 3 bulan selepas pembelian.
Contoh: Semasa membeli Bengkung Nur ini usia kandungan baru mencecah 6 Bulan dan bengkung ini tidak boleh lagi dipakai. Selepas bersalin badan naik dengan mendadak dan tidak muat dengan bengkung yang telah dibeli, anda boleh memulangkannya

Dengan SYARAT:-
  • Bengkung Masih dalam keadaan elok. Masih Berplastik, tidak dibasuh.
  • Ikuti Langkah-Langkah yang perlu dibuat, sama seperti diatas.
  • Paling PENTING untuk mengesahkan yang pembeli sememangnya belum menggunakan bengkung ini, pembeli hendakla sertakan bukti seperti Sijil pengesahan bersalin dari hospital ataupun sijil kelahiran Bayi. bengkung tersebut hendakla diterima oleh penjual dalam masa 7 hari dari tarikh bersalin.  
Untuk menyenangkan kedua-dua belah pihak. semasa penerimaan Bengkung  ini pembeli dinasihatkan untuk mencuba dahulu bahagian HIP kalau bahagian ini muat jadi bahagian Belly dan stomach insyallah muat juga.


 *Wang tidak akan dikembalikan, oleh itu jika tida saiz ataupun stok tiada. Pelanggan boleh memilih untuk membeli barangan lain sebagai tukar ganti.

No comments:

Post a Comment