Tuesday 24 February 2015

**Checklist barang-barang yang perlu disediakan dan dibawa ke hospital semasa ingin bersalin**


biasanya bila usia kandungan masuk 7 bulan cik misi akan nasihatkan untuk membuat persiapan awal. packing awal2 then sumbat dalam kereta.

@ Untuk Ibu @

>BUKU PINK - Wajib Bawak untuk Doc. senang nak tengok pregnancy history kita.

>Sehelai tuala mandi

>Maternity Pad/Overnite pad
Baju 2 helai (pilih yang butang depan) - buat standby tuk keluar hospital aje coz bila da warded nurse akn bagi baju special.

>Kain batik 3 helai - aku pakai kain skirt labuh aje, x pandai pakai kain batik nanti terlondeh dapat lak free show.

>2 pasang stokin

>Bra penyusuan/biasa (3pcs)

>panties (5pcs)

>Baju sejuk

>Tudung Express - time ni x de masanye nak mengayakan tudung ala2 artis.

>toiletries (berus gigi, ubat gigi, sabun, syampo, sikat, bedak)

>kalau boleh bawa breast pump set sekali.

Dalam bakul:

>Flask air
>sedikit makanan and minuman (biskut kering and 3in1 milo)
>Cawan and sudu
>madu and kurma
>air selusuh - biasanya Doc. x akan galakan ibu2 minum air selusuh, aku siap kene soal siasat lagi oleh Doc. coz dipercayai minum air selusuh. sabo ajela..air selusuh tu pun aku x tau rupa mcmmana.

@ Untuk Baby @

>Towel
>Kain bedung/Lampin
>2 helai Set baju baby
>2 helai barut, 2 pasang sarung tangan and kaki baby
> Bedak.
>Pampers New Born
>Wet tissue

Peringatan : jangan gatal2 nak bawak puting or botol susu/ susu tepung ye..nanti dala tgh menahan sakit pastu free2 aje kene 'sekolah' dgan Doc./misi.

untuk memudahkan urusan pencarian barang2 sila asingkan barang2 si ibu dan baby.
kalau di ikutkan pengalaman sebelum masuk kedalam labour room cik misi akan mintak 1 set kelengkapan bayi.

adab permakaian semasa ke hospital ialah baju longgar dan senang dibuka dan berkain batik. kalau boleh siap2la pakai stokin.

Nasihat terakhir ialah sebelum nama dipanggil untuk pemeriksaan kandungan silala ke tandas dahulu kasi buka segala pakaian dalam so takdela nak buang masa Doc. tunggu si ibu untuk menyalin pakaian. jumpa Doc. terus standby baring untuk di check apa yang patut. ramai lagi kot ibu2 menunggu giliran. kalau check in private hospital bolehla nak bermanja2.

sekian......(^.^)



Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 



No comments:

Post a Comment