Thursday 5 March 2015

Kebaikan Amalan Bertungku untuk Ibu & Bayi


tungku Ibu & bayi


Selain bengkung, bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500 mililiter dan beratnya kira-kira 1.5 kilogram.

Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.

Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.

Sebelum bertungku besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dulu selama satu jam di atas api sederhana.

Kemudian tungku dibalut dengan kain cita yang sudah dilapik daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada boleh diganti daun sirih atau lengkuas.

Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Bertungku PENTING kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Selepas bertungku, bagi mengembalikan kesegaran badan, wanita digalakkan berurut selama tiga hari berturut-turut pada setiap pagi sebelum mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

Selain bertungku ini bagus untuk ibu selepas bersalin, amalan bertungku juga digalakkan menuam bahagian kaki dan perut bayi untuk menyegar dan melancarkan darah menggunakan batu tungku yang lebih kecil.


Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 


Sumber:
www.hmetro.com.my/articles/Kebaikanbayidibarut/Article
www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130319/kn_02/Bertungku-segarkan-tubuh

1 comment:

  1. SlotyRivers Hotel & Casino - Mapyro
    Find hotels 오산 출장안마 near 경상북도 출장마사지 the slotyRivers 경상북도 출장마사지 Hotel & Casino 의정부 출장마사지 in Casino 강원도 출장안마 Check for the location along the map to see nearby hotels.

    ReplyDelete