Monday 30 March 2015

Pringkat-peringkat kehamilan





Peringkat ke-1:


 


Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan
pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.


Peringkat ke-2:

 






Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.





Peringkat 3:






Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega- 3 (misalnya, dari salmon dan tuna).


Katakan TIDAK pada makanan ini Makanan yang anda makan sangat menentukan tahap kesihatan janin anda. Oleh itu, jangan ambil mudah dengan makanan anda. 



Secara mudahnya, berikut adalah makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan sewaktu tempoh kehamilan:

Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (Mono Sodium Glutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu pembesaran janin, khususnya perkembangan otaknya. Makanan yang telah diawetkan atau diasap, seperti sosej, kornet, salami, bacon (daging anjing), ham (daging babi), daging asap, ikan asap, dan sebagainya. Sebab, mungkin semasa mengandung, sodium nitrit yang dalam tubuh diubah menjadi nitrosamin. Sedangkan, zat tersebut dapat menyebabkan timbulnya barah dan mengganggu perkembangan janin. Lalu, zat pewarna dalam sosej dan kornet, iaitu sendawa, juga berbahaya pada tubuh. Makanan yang banyak garam, seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang, dan sebagainya. Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat.Misalnya, burger, hotdog, kentang goreng, kerepek, dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak, dan garam pada makanan tersebut biasanya sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya.

Makanan yang tidak boleh diolah dengan sempurna
, kerana selalunya masih mengandungi kuman.
Misalnya, bakteri Listeria monocytogenes yang sering mencemari daging, ayam, dan ikan yang diolah setengah matang, dapat mengakibatkan keguguran atau bayi lahir meninggal. Atau, ayam dan telur yang dimakan mentah atau setengah matang dihinggapi oleh bakteri Salmonella, secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual pada peringkat pertama, disamping
menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik. Nutrisi yang Vital meningkatnya hormon
kehamilan secara tidak langsung akan membuat tubuh anda melakukan pelbagai penyesuaian. Ya, ini tidak lain untuk perkembangan janin, persiapan persalinan dan menyusui si kecil kelak. Tidak hairanlah kalau keperluan tubuh akan berubah, zat-zat yang diperlukan lebih tinggi dari sebelumnya. 



Jadi, sebelum anda menjamah sesuatu makanan, pastikan dulu apakah zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh anda.. Apakah dia?


Kalori (tenaga)

Diperlukan untuk pertumbuhan janin, metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda), serta cadangan
protein. Jadi, kalori biasanya boleh didapati daripada bahan makanan yang mengandung karbohidrat,
protein, dan lemak. Tetapi, tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidat. Rata-rata lemak menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram.


Karbohidrat
Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan “bahan bakar” atau tenaga untuk melakukan aktiviti
sehari-harian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (dihancurkan), mee, roti, kentang, gula, dan sebagainya.


Protein
Berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimalkan perkembangan otak janin, menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI), dan sebagainya. Protein biasa didapati dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacangkacangan, biji-bijian, tempe, tahu, oncom, dan lain - lainnya). Jika ingin lengkap, gabungkan saja protein dari haiwan dan tumbuh - tumbuhan.


Lemak

Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya,
sekadar mencukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A, D, E, dan K),
pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan sistem saraf janin, dan sebagainya. Di mana ia
boleh diperolehi? Mentega, minyak sayur, ikan, susu, keju, daging, telur, kekacang dan lain-lain.
Vitamin Meski pun diperolehi dalam kuantiti yang kecil, vitamin berperananan penting dalam menjaga kelancaran proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. 


Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan?


1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang,
menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah – buahan dan sayuran berwarna
hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.


2. Vitamin B
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin),
B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme
karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah,
pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju,
kacang-kacangan, biji - bijian, padi-padian, bayam, tomatoo, pisang, avokadoo, beras merah, dan
lain - lain lagi.


3. Vitamin C

Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang,
meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi,
vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomatoo, nenas, dan sebagainya.


4. Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan
fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.


5. Vitamin E

Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah
terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya,


6. Vitamin K

Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau,
gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.


Mineral

Seperti dengan vitamin, mineral juga diperlukan untuk metabolisme dalam tubuh. Apakah jenis-jenis mineral yang diperlukan?


1. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, polongpolongan, dan lainnya.


2. Iodin (I)

Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (mengatur pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin.


3. Kalsium (Ca)
Berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju, aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.


4. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot, dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain.


5. Zink (Zn)

Untuk mengoptimalkan perkembangan otak, mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya.


6. Zat besi (Fe)

Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa
diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang. > Saat Melahirkan Anak




 


Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 



Sumber : http://xtraxs.webs.com/panduanibuhamil.htm

Thursday 26 March 2015

Sakit di Tulang Ekor (Coccydynia) Selepas Melahirkan Anak



Seorang wanita bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh beliau setelah melahirkan anak secara normal. Beliau mengalami sakit di hujung tulang belakang (tulang ekor) yang berlarutan beberapa minggu. Akibat daripada ketidakselesaan dan kesakitan ini, beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan sempurna.
Kehamilan dan melahirkan anak adalah proses fisiologi yang normal. Wanita yang hamil dan melahirkan anak bukanlah dianggap pesakit. Namun begitu proses yang normal ini adakalanya mendatangkan kemudharatan diri. Oleh itu banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam kedua-dua proses ini.

Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah PROSES KELAHIRAN ANAK. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj.

Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum menjadi 2 atau tiga segmen. Ia dicantumkan pada tulang belakang yang lebih besar oleh ligamen, yang membenarkan pergerakan antara tulang belakang dan tulang coccyx.

Ketika melahirkan bayi, bayi dikeluarkan melalui saluran peranakan (rahem dan faraj). Pergerakan bayi dari rahem ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu di sekeliling. Tekanan ini boleh menyebabkan bengkakan dan koyakan pada tisu-tisu tersebut.

Jika tekanan itu terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tulang coccyx terseliuh (dislocate). Dalam kes yang jarang berlaku ia boleh menyebabkan tulang coccyx ini patah. Dalam kes-kes yang agak ekstrem, tulang yang patah boleh menusuk ke saluran dubur dan menyebabkan pendarahan.
Selalunya wanita yang sedang sakit ketika proses melahirkan tidak perasan tulang coccyxnya patah. Ini kerana kesakitan ketika melahirkan lebih kuat dari kesakitan akibat patah tulang coccyx. Setelah beberapa hari, barulah sakit di bahagian hujung tulang belakang dapat dirasakan. Walaubagaimanapun kadang-kala patah tulang coccyx dapat dikesan ketika lahir apabila terdengar bunyi seperti ranting yang patah.

Oleh itu wanita yang hamil anak yang bersaiz besar dinasihatkan menjalani pembedahan Caeserean kerana fizikal yang besar boleh menyebabkan tulang coccyx tercedera. Begitu juga jika bayi dilahirkan secara songsang. Proses kelahiran yang sukar akan memudahkan kecederaan ini.
Adakalanya wanita yang hamil itu sendiri mempunyai tulang coccyx yang tidak normal. Kelima-lima tulang itu mungkin bercantum menjadi satu dan melekat pada tulang belakang menyebabkan ia tidak boleh lagi bergerak bagi memberikan laluan ketika ketika bayi dilahirkan. Ia mudah patah atau terseliuh apabila wanita meneran bayi keluar.

Wanita yang pernah mengalami kecederaan tulang coccyx perlu memberitahu doktor yang menyambut kelahiran bayi bagi mengelakkan kerosakan tulang tulang coccyx lebih teruk. Kecederaan tulang coccyx biasa berlaku pada wanita yang agak obese dan terjatuh dari tangga dengan posisi duduk. Hentakan pada tulang coccyx menyebabkan tulang itu cedera. Sekiranya wanita itu hamil dan melahirkan bayi bersaiz besar, ia akan menyebabkan kecederaan pada tulang coccyx ini bertambah teruk .

Kesakitan akibat kecederaan tulang ini semasa proses kelahiran selalunya ditanggung beberapa minggu terutama apabila ketika duduk atau berubah posisi dari bangun ke posisi berdiri. Kesakitan ini membuatkan pesakit tidak dapat melakukan kerja rutin seharian dengan baik.
Saya menasihatkan wanita yang mengalami kesakitan pada tulang coccyx akibat melahirkan anak harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan fizikal dan xray akan dilakukan untk mengesahkan kerosakan pada tulang coccyx. Selalunya kecederaan sebegini akan pulih dalam masa beberapa minggu. Kebiasaannya 6 hingga 8 minggu.

Saya merasa simpati jika musibah ini berlaku pada wanita yang melahirkan. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali doktor akan memberikan ubat penahan sakit sama ada berbentuk tablet atau suntikan. Pembedahan tidak membantu kecuali mengeluarkan tulang yang patah. Pembedahan bukanlah rawatan terbaik kerana banyak ligament dan otot yang melekat pada tulang coccyx ini. Ia boleh membawa komplikasi yang lebih teruk.

Saya menasihatkan wanita yang hamil banyaklah berdoa agar proses kehamilan dan kelahiran anak mereka dipermudahkan. Banyak doa-doa dari hadis yang sahih boleh diamalkan. Jika susah untuk berdoa dalam bahasa Arab, berdoalah dalam bahasa yang mudah difahami.

Contoh doa yang boleh diamalkan ialah :

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .”

Selain dari menggunakan ubat penahan sakit, banyakkan rehat dan boleh tuamkan ice pack pada kawasan itu beberapa kali untuk mengurangkan bengkakan dan sakit.
Ketika tidur, posisi yang sesuai ialah berbaring mengiring untuk mengurangkan tekanan pada punggung dan tulang coccyx. Bagi mengurangkan kesakitan ketika dalam posisi duduk, boleh gunakan bantal berbentuk doughnut supaya tulang coccyx tidak menekan pada lantai.
Berendam dalam kolam air panas atau dalam tab mandi boleh membantu merehatkan otot-otot pelvis yang melekat pada tulang coccyx itu. Jika tidak dapat, berendamlah dalam basin (warm sitzbath) bagi mendapat faedah ini.

Pesakit harus menjaga pemakanan bagi mengelakkan sembelit. Sembelit akan menyebabkan kesakitan yang lebih teruk pada tulang coccyx yang tercedera. Pastikan banyak minum air dan makan makanan yang banyak serat bagi mengelakkan sembelit.
Bagi kehamilan seterusnya, pesakit harus memberitahu doktor masalah yang dihadapinya. Saya percaya doktor akan mencadangkan pembedahan Ceserean bagi mengelakkan kecederaan tulang coccyx berulang. Namun haruslah berbincang pro dan kontra sebelum memilih cara kelahiran itu nanti.


Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (061011)


Oleh itu penggunaan BENGKUNG yang panjang ke punggung dan ketat amatla digalakan, tidak kisahla bengkung jenis tradisional ataupun moden.


Rupa Sebenar Bengkung Nur  panjangnya dari bawah dada ke paras pinggul



Bengkung Bahian Pinggul Sahaja




Keadaan Tulang Pinggul sebelum dan selepas pemakaian Bengkung.



Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 



 Rujukan:
Foye P, Buttaci C, Stitik T, Yonclas P (2006). “Successful injection for coccyx pain.”. Am J Phys Med Rehabil 85 (9): 783–4.
Kim NH; Suk KS] (1999 Jun). “Clinical and radiological differences between traumatic and idiopathic coccygodynia”. Yonsei Medical Journal (40:3).
Postacchini F, Massobrio M] (Oct 1983). “Idiopathic coccygodynia. Analysis of 51 operative cases and a radiographic study of the normal coccyx”. The Journal of bone and joint surgery (65(8)).
Sumber web : http://drzubaidi.com/blog/?p=2135

Monday 23 March 2015

Tanda-Tanda AWAL kehamilan








Bagi wanita yang baru pertama kali hamil, adakala­nya mereka tidak menyedari diri sedang berbadan dua.
Namun, mereka mung­kin merasai ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh terutama selepas tidak mengalami haid. Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang dialami sebahagian wanita. Sesete­ngah wanita pula mungkin langsung tidak mengalami petanda ini.

Antaranya: 

1) Rasa lapar berpanja­ngan
Ini gejala biasa yang mungkin turut berlaku kepada individu yang tidak hamil.
Namun, jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini kerana ia mungkin disebabkan perubahan hormon tetapi jika ia dituruti petanda lain, ambillah tindakan selanjutnya.

2) Mengidam
Bagi wanita hamil, adakalanya keinginan terhadap sesuatu jenis makanan membuak-buak. Ini membuatkan mereka mahu mendapatkannya walau dalam apa keadaan sekalipun.
Suami tentu menjadi ‘mangsa’ tetapi ia juga satu pengalaman menarik tetapi tidak semua wanita mengalaminya. Oleh itu, hayati pengalaman hamil sebaik mungkin kerana ia tidak akan sama untuk setiap kehamilan.

3) Perubahan warna di sekeliling payudara
Apabila kulit di sekeliling payudara menjadi kehitaman, ini mungkin menunjukkan wanita itu sudah beberapa minggu hamil.
Tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon dan tidak berkaitan dengan kehamilan atau kandungan terdahulu.

4) Kerap membuang air kecil
Apabila janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing, wanita hamil akan mengalami kekerapan untuk membuang air.
Ia perkara normal berlaku pada setiap wanita hamil.

5) Cepat letih dan tidak bermaya
Keletihan melampau ini menyebabkan wanita itu seolah-olah tiada tenaga sepanjang masa.
Hormon dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan wanita itu berasa cepat letih. Rasa letih serta tidak bermaya ini kerap berlaku pada awal kehamilan.

6) Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara
Sekiranya hamil, payudara menjadi sedikit sensitif dan adakalanya sakit pada sentuhan.
Ia seakan-akan sama dengan ketidakselesaan yang terjadi pada payudara sebelum haid.
Namun, ia akan berkurangan apabila badan sudah biasa dengan pening­katan hormon ini, malah kesakitan akibat ketega­ngan juga semakin berkurangan.

7) Rasa loya dan muntah
Sekiranya bernasib baik, alahan sebegini tidak akan menyerang kecuali selepas beberapa minggu hamil.
Tetapi terdapat segelintir wanita mula berasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari hamil.

8) Lewat datang bulan
Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlaku­nya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian.
Ini membolehkan lang­kah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya.

9) Ujian air kencing positif
Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan wanita itu sudah mengandung.
Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.
* kalau admin pulak senang je nak tau hamil ke tak..kalau timing datang "red flag" lewat seminggu kompomla tu.
"red flag" admin ikut jadual x pena lewat or cepat, cuma jarak dlm 2-3 hari dari bulan sebelumnya.

Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur



sumber : http://seribupilihan.blogspot.com/…/tanda-tanda-kehamilan_2…

Saturday 7 March 2015

Biarkan Anak Bermain



Kanak-kanak memang gemar bermain apa sahaja. Jangan asyik melarang anak bermain kerana anda mungkin akan melumpuhkan kreativiti anak anda. Jadi berikan kebebasan si manja untuk bermain asalkan tidak membahayakan keselamatannya.

Pada peringkat setahun hingga tiga tahun,
++++++++++++++++++++++++++++++



kanak-kanak mulai membina sikap meneroka ke seluruh ruang rumah untuk bermain dengan apa sahaja objek yang mereka temui. Objek-objek seperti kotak, kertas dan botol- botol kecil yang dianggap tidak berguna oleh orang dewasa merupakan suatu alat mainan yang mengasyikkan bagi kanak-kanak.


Apakah Faedah Kanak-kanak Bermain?
++++++++++++++++++++++++++++



Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.

Rumah Sebagai Tempat Bermain
++++++++++++++++++++++++





“Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru. Di rumah anda boleh memberi anak-anak bermain dengan apa sahaja objek selagi ia tidak membahayakan. Periuk, mangkuk plastik dan sudu, anda tentu terperanjat bila mendapati anak anda boleh membuat pelbagai bunyi dengan menggunakan pelbagai alat yang telah anda berikan tadi. Mereka belajar mengangkat sudu dan mengetuk periuk. Secara tidak langsung anak anda belajar mengenal bunyi dan bentuk yang termasuk dalam subjek sains.

Bermain Sebagai Terapi
++++++++++++++++++





Bermain sebenarnya boleh dijadikan sebagai pemulihan terapi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung atau “soft toy” lazimnya gemar bercakap-cakap, menyikat rambut dan memakaikan baju pada anak patung kesayangannya. Semua proses ini mengajar anak agar lebih yakin dan tenang apabila menghadapi sesuatu masalah. Anak yang tidak gemar bertemu doktor umpamanya boleh diajar bermain doktor-jururawat menggunakan anak patung kesayangan mereka itu. Melalui permainan doktor-jururawat ini mereka diajar memahami tugas-tugas doktor sekali gus menenangkan perasaan dan sebagai suatu pemulihan terapi yang baik untuk mereka

Bermain Sebagai Proses Fizikal
+++++++++++++++++++++++




Kanak-kanak dan aktiviti fizikal memang tidak boleh dipisahkan. Selagi kanak-kanak itu tidak terlantar sakit, maka ia akan terus bergerak sehinggalah dia tidur. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.


Sumber: http://pama.karangkraf.com/kan…/biarkan-anak-bermain-1.10446

Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 

 

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?



Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.

Dalam PERINGKAT AWAL kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:

1) Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut
.
2) Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

3) Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

4) Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
> samada anda pernah bersalin sebelum ini;
> bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
> bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.
Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka.
Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:

~ air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
~ bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
~ anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
~ anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.

Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.

Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?

Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.
Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.
Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.
Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?

Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula atau sebaliknya melalui pemeriksaan.
Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan anda mungkin rasa sakit belakang.
Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedah menangani peringkat awal di rumah sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atau urutan untuk melegakan kesakitan.

Bolehkan saya tahu jika pelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Mungkin.
Tanda-tanda pelahiran termasuk:
Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
>>Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
>> Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
>>Pembuangan najis lebih mudah.

Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 

 
sumber : http://www.babycenter.com.my/…/bagaimana-saya-tahu-bila-sud…

Thursday 5 March 2015

Kebaikan Amalan Bertungku untuk Ibu & Bayi


tungku Ibu & bayi


Selain bengkung, bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500 mililiter dan beratnya kira-kira 1.5 kilogram.

Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.

Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.

Sebelum bertungku besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dulu selama satu jam di atas api sederhana.

Kemudian tungku dibalut dengan kain cita yang sudah dilapik daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada boleh diganti daun sirih atau lengkuas.

Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Bertungku PENTING kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Selepas bertungku, bagi mengembalikan kesegaran badan, wanita digalakkan berurut selama tiga hari berturut-turut pada setiap pagi sebelum mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

Selain bertungku ini bagus untuk ibu selepas bersalin, amalan bertungku juga digalakkan menuam bahagian kaki dan perut bayi untuk menyegar dan melancarkan darah menggunakan batu tungku yang lebih kecil.


Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 


Sumber:
www.hmetro.com.my/articles/Kebaikanbayidibarut/Article
www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130319/kn_02/Bertungku-segarkan-tubuh

Monday 2 March 2015

Buat sendiri Chilli Flakes



Harini aku nak kongsikan cara2 buat Chilli Flakes ala2 McCORMICK gtu. idea buat chili flakes ni bermula apabila hajat nak beli da siap kat SuperMall tak jumpa2. yang banyak ada serbuk cili adala.
Kalau guna serbuk chilli bubuh dalam Thai Seafood Spaghetti   yang aku mengidam nak buat jadi lain pulak jadinya nanti.
So membuat luahan perasaan kat mySuami. Secara sepontan dia cakap "apa susah!, ambik cili kering tu blander kan senang".. Bernas gak idea mySuami ni. Kalau ikutkan lelaki ni memang mudahla, Ambik cili kering terus blander TAPI kalau di ikutkan suri rumah macam aku ni, aku akan buat benda ni complicated ckit.

Cara2nya:-

  1. Potong cili kering. kalau taknak pedas n nak jaga perut sangat kasi buangkan bijinya.
  2. Rebus cili tersebut. Bagi hilangkan sedikit hapak pada cili, Kalau kurang kerajinan bilas2 je.
  3. Jemur cili tersebut di bawah panas terik sampai kering. Cara paling cepat letak dalam microwave pada suhu paling rendah (cara ni aku tak try lagi) korang tryla ye..
  4. Bila da kering kasi kisar ikut kehalusan yang di ingini
  5. SIAP!!!! cara ini boleh digunankan untuk adik beradik cili yang lain.. pastikan kering dulu..

 Sekarang da boleh taburkan dalam masakan ataupun makanan anda, kasi super PEDAS!
Kalau nak beli memang mahal terutama jenama yang terkenal buat sendiri kos tak sampai RM2.00 pun. Kos cili yang saya buat ini tak sampai RM2 kot coz 1st try buat ckit je..
Cili kering yang telah dikeringkan balik



SIAP
Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang