Monday 6 April 2015

KEBAIKAN AMALAN PEMAKAIAN BENGKUNG BAGI IBU-IBU SELEPAS BERSALIN









Pemakaian bengkung dalam komuniti Melayu bagi para ibu selepas bersalin telah bermula sejak turun-temurun. Ilmu penjagaan selepas bersalin dan berpantang diperolehi daripada individu yang dikenali sebagai Mak Bidan.

Jika di kampung-kampung dahulunya, Mak Bidan merupakan individu yang dihormati dan dipandang tinggi kerana merekalah yang bertanggungjawab menyambut kelahiran bayi dan memastikan keadaan ibu dan bayi tersebut selamat. Meskipun masih wujud pengamal ilmu perbidanan masa kini namun arus permodenan menyebabkan para ibu lebih selesa menjalani proses kelahiran di hospital atau pusat rawatan yang dipercayai lebih selamat dan menyeluruh buat kedua-dua ibu dan bayi tersebut. Peranan Mak bidan kini lebih tertumpu kepada proses penjagaan ibu sewaktu di dalam pantang semata-mata.
Secara fitrahnya kehamilan dan proses melahirkan bayi memberi kesan yang besar terhadap kesihatan seorang wanita. Perubahan fizikal luaran dan dalaman seseorang wanita tersebut seperti otot, tulang, urat-saraf, sendi dan organ-organ terpenting akan 'terjejas' disebabkan oleh hormon-hormon kehamilan yang sedang menyediakan tubuh ibu untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan serta proses kelahirannya.

Mengikut kepercayaan tradisi, pemakaian bengkung secara amnya dapat mengempiskan perut, mengecutkan uterus dan mengetatkan kembali vagina si ibu.

Peranan Bengkung dipercayai dapat membantu;


*mengempiskan perut, mengurangkan berat badan dan membentuk kembali tubuh ibu
*memberi sokongan pada bahagan organ dalaman tubuh si ibu yang 'membengkak'
*mengetatkan bahagian perut yang menggeleber akibat daripada bahagian otot perut yang lemah
*membantu postur tubuh ibu dalam sesi penyusuan badan
memecahkan lemak dan selulit
*mencegah pengambilan makanan secara berlebihan

Pemakaian bengkung secara tradisional ini boleh gunakan oleh para ibu yang melahirkan bayi secara normal seawal hari ketiga. Namun begitu pemakaian bengkung tradisional ini tidak sesuai bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan atau melalui kaedah Cesarean.
Ini kerana ia melibatkan bahagian luka jahitan yang memerlukan masa untuk sembuh. Penggunaan fabrik sokongan yang tidak bersesuaian pada bahagian jahitan juga boleh menyebabkan terjadinya jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan luka jahitan tersebut. Oleh yang demikian, rata-rata para doktor tempatan dahulunya hanya menyarankan para ibu yang melalui proses kelahiran secara pembedahan ini menggunakan bengkung atau 'girdle' hanya selepas 2-3 minggu (atau apabila luka jahitan telah benar-benar sembuh).

Walau bagaimanapun, dalam bidang perubatan yang melibatkan pembedahan dan jahitan pada bahagian tubuh, kebanyakan para doktor akan menggunakan 'bandage' atau 'binder' bagi memastikan bahagian luka jahitan tersebut dilindungi dan disokong.
Pemakaian pakaian sokongan (gred medikal) bagi para ibu yang melalui pembedahan Cesarean ataupun normal di negara barat sudah tidak asing lagi. Ini disebabkan di negara Barat, istilah 'berpantang' tidak pernah wujud di dalam kamus hidup mereka. Apa yang ditekankan hanyalah pemakanan yang sihat dan seimbang serta senaman yang bersesuaian buat para ibu untuk proses pemulihan diri.

Meskipun telah wujud 'bandage' dan 'strap binder' untuk sokongan pada bahagian pembedahan di bahagian perut ibu, namun penggunaan 'strap binder' didapati hanya sesuai untuk pemakaian pada hari pertama hingga ketiga selepas pembedahan Cesarean.
Oleh kerana terdapat beberapa kelemahan 'strap binder' maka pakaian sokongan Cesarean yang merupakan 'bandage' di dalam bentuk 'girdle' telah diperkenalkan untuk memberi sokongan secara total (360 darjah) pada tubuh ibu. Kesesuaian pakaian sokongan Cesarean (gred medikal) ini untuk kegunaan pada seawal hari keempat telah memberikan alternatif pada para ibu untuk mendapat sokongan menyeluruh pada tubuh. Ianya bermanfaat seperti sokongan pemakaian bengkung tradisional yang diperolehi oleh para ibu yang melalui proses kelahiran secara normal.



Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang




sumber : http://www.alpha-health.com.my/…/134-kebaikan-amalan-

Friday 3 April 2015

CARA MENGURUS URI ANAK


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

 Dapatkan Bengkung Moden  Bengkung Nur sekarang



Sumber : http://www.suatuperjalananmaya.com/…/cara-mengurus-uri-anak…

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam


***********************************
Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.
Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :

1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Sunat untuk diazankan di telinga bayi.
Sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan.
Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak.
Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis.
Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik
Nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir.
Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah.
Aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir.
Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak.
Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Nak Kongsi gambar-gambar semasa Majlis Akikah Anak Kami. yang penting decoration aku buat sendiri. so babycot ni lepas berpantang aku angkut terus balik selayang..

NUR SAFIYAH ALIYA BINTI NUR SAIFUL HAFIZ








Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur sekarang



Sumber : http://pama.karangkraf.com/…/menyambut-kelahiran-bayi-menur…