Friday, 27 February 2015

Elak 6 Perkara di Akhir Kehamilan





Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu hamil. Faktor perut makin membesar dan cepat penat menyebabkan perkara ini berlaku.
Selain itu ia juga akan menyebabkan ibu hamil berdepan dengan masalah yang ada diantaranya serius. Jadi berhati-hatila sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.

TerJatuh


Sewaktu kehamilan disaat akhir perut semakin membesar dan pergerakan amatla terbatas. Nak membongkok untuk ambil barang-barang yang jatuh atau dibawah amatla siksa. Oleh itu, sewaktu mengambil barang yang jatuh jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua kali dan berada posisi mencangkung. Jika hendak mengambil barang dibahagian tinggi janganla pandai-pandai ambil kerusi untuk mencapai barang tersebut. Mintala sesiapa untuk mengambilnya bagi pihak anda.

Pedih Ulu Hati


Wanita hamil kebiasaannya akan mengalami pedih ulu hati posisi organ dalaman para ibu telah berubah. Jadi pastikan posisi tubuh ketika duduk. menulis ataupun membaca. Jangan memberikan tekanan kepada bahagian ulu hati.
     Ikuti diet yang disarankan untuk Ibu-ibu hamil. Elakkan makanan pedas, tajam ataupun berangin walaupun makan-makanan tersebut merupakan pembuka selera kita. Tahan sedikit nafsu makan, nanti selepas berpantang bolehla kembali ke rutin makan kegemaran tapi jangan berlebihan pula takut memberi kesan kepada bayi terutama yang menyusu badan. Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap.Makan banyak buah-buahan segar, air suam dan sayur-sayuran.

Sakit Kepala



Para Ibu perlulah mengelakan diri dari stress ataupun ketegangan. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sibuk melakukan sesuatu. Jika berdepan dengan ketegangan tarik nafas dalam-dalam dan duduk sebentar untuk tenangkan fikiran. Sentiasa positifkan diri sentiasa ingatkan bayi dalam kandungan. Jika kita tertekan bayi didalam kandungan juga akan tertekan juga, Hal ini akan memberikan kesan yang buruk terhadap kandungan.

Pengsan


Jika perkerjaan anda memerlukan tenaga yang banyak ataupun terpaksa bergerak aktif.  Tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk membuat kerja-kerja light duty contohnya pegawai penyiasat polis memohon kepada pihak atasan untuk membuat kerja-kerja pengkeranian sahaja daripada tutun padang bagi menyelesaikan kes-kes.
    Ia bagi menjaga menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri terlalu lama yang memberikan tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Pada ketika ini gunakan kasut rendah ataupun flat shoes bukannya high heels. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia.. Justeru, ambil makanan yang seimbang dan kaya dengan zat mineral.

Sesak Nafas


Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja.Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi sel tubuh anda sampaila ke janin. lalu menghembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.
     Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.

Sakit Badan


Keadaan sakit ataupun sengal-sengal pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan posture tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesadengan keadaan itu. Pastikan juga tiada tekanandi bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa sakit dan nyilu.

Sekian untuk tips dikongsi (*,*)

Sumber; Mingguan Wanita 06-12 April2012/14

Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 

 

Wednesday, 25 February 2015

Tips Jaga Anak Sakit Secara SEMULA JADI



Bayi ataupun Kanak-Kanak yang sakit ringan/biasa sepert SELSEMA,SAKIT TEKAK ataupun DEMAM tidak semestinya diberikan ubat untuk langkah penyembuhan. Dengan hanya melakukan beberapa amalan PELEGA SEMULA JADI, penyakit ringan pasti dapat diatasi.
     Lima tahun pertama merupakan tempoh dimana ketahanan tubuh si kecil berkembang. Biarpun si kecil mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan mengambil masa untuk terus diperkukuhkan. Oleh kerana itu, dirinya terdedah dengan penyakit-penyakit biasa.
     Sebagai makluman, kebergantung kepada ubat akan menyebabkan sistem imuniti tubuh menjadi malas, sebaik-baiknya biarkan tubuh bertindak balas sendiri. Dengan yang demikian, imuniti tubuh pasti berusaha gigih untuk menjadi lebih kuat. Dalam masa yang sama teruskan penyusuan ibu bagi s kecil  bagi mengukuhkan ketahanan diri. Bagi anak yang telah bercerai susu ibu-ibu seharusnya memberikan si kecil minum banyak cecair seperti air kosong, sup, serta jus buah-buahan.

SELESEMA

Selesema adalah salah satu penyakit ringan yang sering berlaku kepada si kecil terutama kepada si kecil yang banyak bergaul ataupun bercampur dengan kanak-kanak lain seperti di pusat jagaan harian ataupun taska. 
Antara tips yang boleh dikongsi adalah ;-
  1. Rehat secukupnya dirumah, bagi membantu sistem ketahanan tubuh melawan penyakit.
  2. Galakan si kecil berkumur menggunakan CAMPURAN AIR SUAM+AIR GARAM. Air suam dan air garam dapat dapat melegakan sakit tekak. Selain itu, titiskan air garam di hidung pula boleh membantu melonggarkan mukus dan melembapkan kulit dibahagian berkenaan.
  3. Kekalkan tahap Dehidrasinya. cecair mencukupi memastikan tubuh mengatasi jangkitan selesema yang dihadapinya. Biarpun begitu jika terdapat simtom berikut dapatkan pemeriksaan doktor mengalami sakit dada ataupun abdomen; sukar bernafas, kelihatan lesu, kahak berwarna kuning/hijau,muntah,kurang membuang air kecil pemeriksaan segera diperlukan.
 SAKIT TEKAK




Penyakit ini mungkin disebabkan oleh selesema, alahan, radang tonsil dan banyak lagi. Cara mudah bagi mengatasinya ialah;-
  1. Seperti Selesema juga, berkumur menggunakan CAMPURAN AIR SUAM+AIR GARAM. air ini boleh disediakan dengan campuran 1 sudu teh garam bersama 0.2L air.
  2.  Berikan banyak air agar tekak kekal licin. 
Bagi yang mengalami sakit tekak berterusan melebihi 2 hari, segera berjumpa dengan doktor jika pada masa yang sama dia sukar bernafas, susah menelan, mengalami dehidrasi (mulut kering).


DEMAM

 Apabila demam, ini bererti tubuh cuba melawan jangkitan. Anda dapat membantu si kecil dengan ;-
  1. Berikan si kecil minum air suam dengan banyak bagi mengekalkan hidrat.
  2. Pakaikan pakaian yang nipis bagi mengelakkan kepanasan melampau.
  3. Lap tubuhnya dengan air suam/sejuk untuk melegakan ketidakselesaan akibat haba panas. kalau boleh kerapkan mandi si kecil.Jika suhu melebihi 39'c sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Sekian.

sumber; Majalah PaMa Bil:142 Julai 2012 

Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang 

 

Tuesday, 24 February 2015

Material Bengkung Nur

Ramai yang bertanyakan sama ada Bengkung 1set ini panas ke tidak..
Almaklum kene pakai sampai 3pcs takut panas pulak..
Tujuan utama ibu2 memilih menggunakan bengkung moden berbanding bengkung lilit adalah krn MUDAH, SELESA & TIDAK PANAS.

Disini sy tunjukan secara dekat patern lubang2 bengkung moden, supaya ibu2 diluar sana lebih yakin..











**Checklist barang-barang yang perlu disediakan dan dibawa ke hospital semasa ingin bersalin**


biasanya bila usia kandungan masuk 7 bulan cik misi akan nasihatkan untuk membuat persiapan awal. packing awal2 then sumbat dalam kereta.

@ Untuk Ibu @

>BUKU PINK - Wajib Bawak untuk Doc. senang nak tengok pregnancy history kita.

>Sehelai tuala mandi

>Maternity Pad/Overnite pad
Baju 2 helai (pilih yang butang depan) - buat standby tuk keluar hospital aje coz bila da warded nurse akn bagi baju special.

>Kain batik 3 helai - aku pakai kain skirt labuh aje, x pandai pakai kain batik nanti terlondeh dapat lak free show.

>2 pasang stokin

>Bra penyusuan/biasa (3pcs)

>panties (5pcs)

>Baju sejuk

>Tudung Express - time ni x de masanye nak mengayakan tudung ala2 artis.

>toiletries (berus gigi, ubat gigi, sabun, syampo, sikat, bedak)

>kalau boleh bawa breast pump set sekali.

Dalam bakul:

>Flask air
>sedikit makanan and minuman (biskut kering and 3in1 milo)
>Cawan and sudu
>madu and kurma
>air selusuh - biasanya Doc. x akan galakan ibu2 minum air selusuh, aku siap kene soal siasat lagi oleh Doc. coz dipercayai minum air selusuh. sabo ajela..air selusuh tu pun aku x tau rupa mcmmana.

@ Untuk Baby @

>Towel
>Kain bedung/Lampin
>2 helai Set baju baby
>2 helai barut, 2 pasang sarung tangan and kaki baby
> Bedak.
>Pampers New Born
>Wet tissue

Peringatan : jangan gatal2 nak bawak puting or botol susu/ susu tepung ye..nanti dala tgh menahan sakit pastu free2 aje kene 'sekolah' dgan Doc./misi.

untuk memudahkan urusan pencarian barang2 sila asingkan barang2 si ibu dan baby.
kalau di ikutkan pengalaman sebelum masuk kedalam labour room cik misi akan mintak 1 set kelengkapan bayi.

adab permakaian semasa ke hospital ialah baju longgar dan senang dibuka dan berkain batik. kalau boleh siap2la pakai stokin.

Nasihat terakhir ialah sebelum nama dipanggil untuk pemeriksaan kandungan silala ke tandas dahulu kasi buka segala pakaian dalam so takdela nak buang masa Doc. tunggu si ibu untuk menyalin pakaian. jumpa Doc. terus standby baring untuk di check apa yang patut. ramai lagi kot ibu2 menunggu giliran. kalau check in private hospital bolehla nak bermanja2.

sekian......(^.^)



Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang