Monday, 23 March 2015

Tanda-Tanda AWAL kehamilan








Bagi wanita yang baru pertama kali hamil, adakala­nya mereka tidak menyedari diri sedang berbadan dua.
Namun, mereka mung­kin merasai ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh terutama selepas tidak mengalami haid. Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang dialami sebahagian wanita. Sesete­ngah wanita pula mungkin langsung tidak mengalami petanda ini.

Antaranya: 

1) Rasa lapar berpanja­ngan
Ini gejala biasa yang mungkin turut berlaku kepada individu yang tidak hamil.
Namun, jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini kerana ia mungkin disebabkan perubahan hormon tetapi jika ia dituruti petanda lain, ambillah tindakan selanjutnya.

2) Mengidam
Bagi wanita hamil, adakalanya keinginan terhadap sesuatu jenis makanan membuak-buak. Ini membuatkan mereka mahu mendapatkannya walau dalam apa keadaan sekalipun.
Suami tentu menjadi ‘mangsa’ tetapi ia juga satu pengalaman menarik tetapi tidak semua wanita mengalaminya. Oleh itu, hayati pengalaman hamil sebaik mungkin kerana ia tidak akan sama untuk setiap kehamilan.

3) Perubahan warna di sekeliling payudara
Apabila kulit di sekeliling payudara menjadi kehitaman, ini mungkin menunjukkan wanita itu sudah beberapa minggu hamil.
Tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon dan tidak berkaitan dengan kehamilan atau kandungan terdahulu.

4) Kerap membuang air kecil
Apabila janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing, wanita hamil akan mengalami kekerapan untuk membuang air.
Ia perkara normal berlaku pada setiap wanita hamil.

5) Cepat letih dan tidak bermaya
Keletihan melampau ini menyebabkan wanita itu seolah-olah tiada tenaga sepanjang masa.
Hormon dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan wanita itu berasa cepat letih. Rasa letih serta tidak bermaya ini kerap berlaku pada awal kehamilan.

6) Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara
Sekiranya hamil, payudara menjadi sedikit sensitif dan adakalanya sakit pada sentuhan.
Ia seakan-akan sama dengan ketidakselesaan yang terjadi pada payudara sebelum haid.
Namun, ia akan berkurangan apabila badan sudah biasa dengan pening­katan hormon ini, malah kesakitan akibat ketega­ngan juga semakin berkurangan.

7) Rasa loya dan muntah
Sekiranya bernasib baik, alahan sebegini tidak akan menyerang kecuali selepas beberapa minggu hamil.
Tetapi terdapat segelintir wanita mula berasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari hamil.

8) Lewat datang bulan
Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlaku­nya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian.
Ini membolehkan lang­kah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya.

9) Ujian air kencing positif
Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan wanita itu sudah mengandung.
Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.
* kalau admin pulak senang je nak tau hamil ke tak..kalau timing datang "red flag" lewat seminggu kompomla tu.
"red flag" admin ikut jadual x pena lewat or cepat, cuma jarak dlm 2-3 hari dari bulan sebelumnya.

Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur



sumber : http://seribupilihan.blogspot.com/…/tanda-tanda-kehamilan_2…

No comments:

Post a Comment