Bayi ataupun Kanak-Kanak yang sakit ringan/biasa sepert SELSEMA,SAKIT TEKAK ataupun DEMAM tidak semestinya diberikan ubat untuk langkah penyembuhan. Dengan hanya melakukan beberapa amalan PELEGA SEMULA JADI, penyakit ringan pasti dapat diatasi.
Lima tahun pertama merupakan tempoh dimana ketahanan tubuh si kecil berkembang. Biarpun si kecil mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan mengambil masa untuk terus diperkukuhkan. Oleh kerana itu, dirinya terdedah dengan penyakit-penyakit biasa.
Sebagai makluman, kebergantung kepada ubat akan menyebabkan sistem imuniti tubuh menjadi malas, sebaik-baiknya biarkan tubuh bertindak balas sendiri. Dengan yang demikian, imuniti tubuh pasti berusaha gigih untuk menjadi lebih kuat. Dalam masa yang sama teruskan penyusuan ibu bagi s kecil bagi mengukuhkan ketahanan diri. Bagi anak yang telah bercerai susu ibu-ibu seharusnya memberikan si kecil minum banyak cecair seperti air kosong, sup, serta jus buah-buahan.
SELESEMA
Selesema adalah salah satu penyakit ringan yang sering berlaku kepada si kecil terutama kepada si kecil yang banyak bergaul ataupun bercampur dengan kanak-kanak lain seperti di pusat jagaan harian ataupun taska.
Antara tips yang boleh dikongsi adalah ;-
- Rehat secukupnya dirumah, bagi membantu sistem ketahanan tubuh melawan penyakit.
- Galakan si kecil berkumur menggunakan CAMPURAN AIR SUAM+AIR GARAM. Air suam dan air garam dapat dapat melegakan sakit tekak. Selain itu, titiskan air garam di hidung pula boleh membantu melonggarkan mukus dan melembapkan kulit dibahagian berkenaan.
- Kekalkan tahap Dehidrasinya. cecair mencukupi memastikan tubuh mengatasi jangkitan selesema yang dihadapinya. Biarpun begitu jika terdapat simtom berikut dapatkan pemeriksaan doktor mengalami sakit dada ataupun abdomen; sukar bernafas, kelihatan lesu, kahak berwarna kuning/hijau,muntah,kurang membuang air kecil pemeriksaan segera diperlukan.
Penyakit ini mungkin disebabkan oleh selesema, alahan, radang tonsil dan banyak lagi. Cara mudah bagi mengatasinya ialah;-
- Seperti Selesema juga, berkumur menggunakan CAMPURAN AIR SUAM+AIR GARAM. air ini boleh disediakan dengan campuran 1 sudu teh garam bersama 0.2L air.
- Berikan banyak air agar tekak kekal licin.
DEMAM
Apabila demam, ini bererti tubuh cuba melawan jangkitan. Anda dapat membantu si kecil dengan ;-
- Berikan si kecil minum air suam dengan banyak bagi mengekalkan hidrat.
- Pakaikan pakaian yang nipis bagi mengelakkan kepanasan melampau.
- Lap tubuhnya dengan air suam/sejuk untuk melegakan ketidakselesaan akibat haba panas. kalau boleh kerapkan mandi si kecil.Jika suhu melebihi 39'c sila dapatkan pemeriksaan doktor.
Sekian.
sumber; Majalah PaMa Bil:142 Julai 2012
Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang
No comments:
Post a Comment