Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu hamil. Faktor perut makin membesar dan cepat penat menyebabkan perkara ini berlaku.
Selain itu ia juga akan menyebabkan ibu hamil berdepan dengan masalah yang ada diantaranya serius. Jadi berhati-hatila sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.
TerJatuh
Sewaktu kehamilan disaat akhir perut semakin membesar dan pergerakan amatla terbatas. Nak membongkok untuk ambil barang-barang yang jatuh atau dibawah amatla siksa. Oleh itu, sewaktu mengambil barang yang jatuh jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua kali dan berada posisi mencangkung. Jika hendak mengambil barang dibahagian tinggi janganla pandai-pandai ambil kerusi untuk mencapai barang tersebut. Mintala sesiapa untuk mengambilnya bagi pihak anda.
Pedih Ulu Hati
Ikuti diet yang disarankan untuk Ibu-ibu hamil. Elakkan makanan pedas, tajam ataupun berangin walaupun makan-makanan tersebut merupakan pembuka selera kita. Tahan sedikit nafsu makan, nanti selepas berpantang bolehla kembali ke rutin makan kegemaran tapi jangan berlebihan pula takut memberi kesan kepada bayi terutama yang menyusu badan. Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap.Makan banyak buah-buahan segar, air suam dan sayur-sayuran.
Sakit Kepala
Para Ibu perlulah mengelakan diri dari stress ataupun ketegangan. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sibuk melakukan sesuatu. Jika berdepan dengan ketegangan tarik nafas dalam-dalam dan duduk sebentar untuk tenangkan fikiran. Sentiasa positifkan diri sentiasa ingatkan bayi dalam kandungan. Jika kita tertekan bayi didalam kandungan juga akan tertekan juga, Hal ini akan memberikan kesan yang buruk terhadap kandungan.
Pengsan
Jika perkerjaan anda memerlukan tenaga yang banyak ataupun terpaksa bergerak aktif. Tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk membuat kerja-kerja light duty contohnya pegawai penyiasat polis memohon kepada pihak atasan untuk membuat kerja-kerja pengkeranian sahaja daripada tutun padang bagi menyelesaikan kes-kes.
Ia bagi menjaga menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri terlalu lama yang memberikan tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Pada ketika ini gunakan kasut rendah ataupun flat shoes bukannya high heels. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia.. Justeru, ambil makanan yang seimbang dan kaya dengan zat mineral.
Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja.Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi sel tubuh anda sampaila ke janin. lalu menghembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.
Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.
Sakit Badan
Keadaan sakit ataupun sengal-sengal pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan posture tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesadengan keadaan itu. Pastikan juga tiada tekanandi bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa sakit dan nyilu.
Sekian untuk tips dikongsi (*,*)
Sumber; Mingguan Wanita 06-12 April2012/14
Dapatkan Bengkung Moden Bengkung Nur Sekarang
No comments:
Post a Comment